ada berita pesawat tetangga lagi di tembak jaatuh di ukraine russia ni,apa bener ga
KIEV: Media sosial kepada komander pemberontak Ukraine berkata,
kumpulannya menembak senuah pesawat pengangkutan tentera di lokasi
sama pesawat Malaysia Airlines terhempas berdekatan sempadan Russia,
hari ini.
Laporan oleh komander tertinggi tentera yang mengisytihar diri mereka
sebagai Donetsk Peoples Republic mencadangkan, kumpulan pemisah itu
tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu yang
mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine.
Selepas empat bulan, MAS hadapi satu lagi
tragedi
2014/07/18 - 02:22:13 AM
KUALA LUMPUR: Satu lagi tragedi mengejutkan negara apabila Malaysia
Airlines (MAS) mengalami satu lagi kemalangan pesawat selepas MH17
dilaporkan terhempas di Ukraine.
Berita terkini oleh media asing melaporkan MH17 "ditembak jatuh" ketika
ia berada pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di Ukraine
berhampiran sempadan Rusia.
Pesawat MH17 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur
membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.
Empat bulan sebelum ini pesawatnya MH370 yang membawa 239
penumpang, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing,
dan dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi pada 8 Mac.
Usaha mencari pesawat itu masih berjalan, bagaimanapun hingga sekarang,
serpihan pesawat itu gagal ditemui.
Dalam reaksi segera, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi
tweetnya "terkejut mendengar laporan pesawat MAS terhempas, dan
mengarahkan siasatan segera dijalankan."
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin ketika dihubungi
Bernama berkata Wisma Putra sedang bekerjasama dengan kerajaan Rusia
dan Ukraine susulan tragedi itu.
MAS dalam satu kenyataan mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan
daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan MH17
pada 1415 (GMT) 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-
Ukraine.
Syarikat pengeluar pesawat, Boeing berkata ia bersedia memberi apa jua
bantuan yang diminta oleh pihak berkuasa berhubung MH17.
"Doa kami adalah bersama mereka yang berada dalam pesawat Malaysia
Airlines yang hilang di ruang udara Ukraine serta keluarga mereka dan
orang tersayang," kata Boeing dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari
Seattle Khamis.
Portal kerajaan Ukraine http://www.kmu.gov.ua/ menyatakan pada Rabu
situasi di sempadan Ukraine-Rusia masih tegang.
"Pengawal sempadan meneruskan tugas berdasarkan pelan am ATO. Tentera
upahan Rusia dan pengganas saling berbalas tembakan," menurut laman
web itu.
-- Bernama